Saturday, December 25, 2010

Indonesia pelawa pelabur Malaysia

| Saturday, December 25, 2010 | 0 comments

INDONESIA mempelawa pelabur Malaysia meneroka peluang dan potensi ekonomi terutama dalam sektor pelancongan di Indonesia Timur menerusi usaha sama antara wilayah dan daerah kedua-dua negara.

Ketua Lembaga Perancangan Pembangunan Wilayah (Bappeda) Sulawesi Utara, Dr Noldy Tuerah berkata, hubungan baik sedia terjalin antara kerajaan Indonesia-Malaysia perlu diperluaskan ke peringkat wilayah dan daerah bagi meningkatkan kegiatan ekonomi dan pelancongan yang memanfaatkan kedua-dua negara.

“Malaysia dan Indonesia masyarakat serumpun dan kerjasama itu akan dipertingkatkan lagi selaras dengan gagasan penubuhan Komuniti Asean 2015 yang membabitkan kerjasama antara ahli Asean tanpa batasan sempadan.

“Adalah amat penting mempertingkatkan hubungan kerjasama Indonesia-Malaysia baik di antara kerajaan mahupun pentadbiran di peringkat wilayah dan daerah.

“Hubungan itu juga perlu meliputi kerjasama sektor swasta-kerajaan atau sesama syarikat swasta,” katanya kepada wakil media Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, Indonesia, baru-baru ini.

Seramai 12 wakil media Malaysia berkunjung ke Sulawesi Selatan (Makassar) dan Utara (Manado) pada 14 hingga 20 Disember lalu yang diatur Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com