PUTRAJAYA: Keperitan dan penderitaan hidup penduduk Palestin terus mendapat sokongan rakyat prihatin di negara ini apabila lebih 1,000 peserta menyahut cabaran menyertai program ‘Ride For Gaza’, semalam.
Selain beramal dan menyertai aktiviti sihat, program kemanusiaan anjuran Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) mendapat sambutan menggalakkan penuntut universiti, kelab, individu dan warga sekitar Putrajaya.
Apa yang menarik, aktiviti berbasikal sejauh 17 kilometer itu turut disertai beberapa bekas pelumba basikal negara seperti M Kumaresan, Nor Effandy Rosli, Suhaimi Keton, Musairi Musa, Tsen Seong Hoong dan Mahazir Hammad.
Majlis pelepasan dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ia turut dihadiri Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Setiap peserta dikenakan yuran RM10, manakala RM500 bagi peserta yang mewakili kelab atau badan korporat dan yuran itu akan didermakan bagi membantu warga Palestin di Gaza.
Ahmad Shabery berkata, program itu memberikan banyak manfaat kepada peserta kerana di samping beriadah mereka juga menderma bagi membantu pihak yang memerlukan.
Menurutnya, sokongan pelbagai peringkat masyarakat itu jelas membuktikan bahawa masyarakat dunia masa kini menolak kekejaman terutama penindasan terhadap insan lemah seperti yang ditunjukkan Israel.
Popular Posts
Sunday, January 16, 2011
Beramal sambil berbasikal
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Sunday, January 16, 2011
|
Sunday, January 16, 2011
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment