Sunday, January 16, 2011

Kontroversi Fasha Berbikini

| Sunday, January 16, 2011 | 0 comments



MULANYA enggan bersuara mengenai kontroversi gambar berbikini ketika bercuti di Bali, yang disifatkan sebagai ruang peribadi yang tidak sepatutnya diceroboh sesiapa, Fasha Sandha lebih selesa membiarkan semua liputan berbaur spekulasi tanpa sebarang kesahihan itu berlalu begitu saja meskipun reputasinya besar dihimpit persepsi negatif.

Bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun itu tidak mampu lagi untuk diam dan bersembunyi apabila teman baiknya yang turut sama mengikutinya bercuti di Bali, Shazwani Zainul tampil mempertahankan dirinya yang teruk dihentam sebagai punca dengan memuat naik gambar percutian itu di ruangan sosial Facebook miliknya.

Fasha Sandha ketika ditemui untuk mengulas kenyataan Shazwani mengenai tuduhan sama bagaimanapun menyifat-kan segala kemelut yang timbul hanya salah faham hingga meleret menjadi besar.

Mengakui Shazwani adalah teman rapat, Fasha hanya melihat kesilapan Shazwani memuat naik gambar percutian mereka dan terlupa akan statusnya bergelar selebriti dan bukan berniat menganiayainya.



“Saya sendiri terkejut kerana isu ini menjadi serius dan berlarutan hingga banyak sudut cerita lain yang disangkut sama. Puncanya hanya kecil iaitu salah faham komunikasi dan tersilap langkah dengan memuat naik gambar itu, namun impak yang tinggal sungguh teruk hingga memalukan pihak saya juga.

“Puncanya hanya Shazwani tersilap dengan memuat naik gambar percutian kami di
Facebook miliknya dan kemudian diambil untuk diletak di beberapa blog Internet. Kemudian ada pihak lain pula mengambil kesempatan untuk membesarkan perkara itu.

“Memang saya memberi kebenaran kepada Shazwani untuk-nya meletakkan gambar itu di Facebooknya kerana saya tahu dia juga ingin berkongsi gambar itu bersama teman lain serta keluarganya. Bagaimanapun saya tersilap kerana gagal melihat dulu setiap gambar yang ingin diletakkan kerana yakin dia tahu kesannya kemudian hari.

“Namun semua itu salah saya juga dan bukan kesilapan Shazwani sepenuhnya kerana sepatutnya saya perlu mengingatkan yang mana gambar sesuai dan tidak untuk diletak. Shazwani bukan selebriti dan mungkin dia terlupa akan impak gambar itu kepada saya.

“Jujurnya saya kesal dan tidak menyangka isu ini mengheret nama baik Shazwani hingga ke tahap ini. Empat belas tahun kami bersahabat sejak bersekolah, Shazwani memang teman baik dan saya percaya dia tiada niat untuk memalukan atau menganiayai saya. Dia hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan ketika kami bercuti,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan ibunya yang mengeluarkan ke-nyataan seakan-akan menyerang dan menyalahkan Shazwani sepenuhnya, Fasha enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan tindakan ibunya sekadar ingin membela nasibnya yang kian buruk dilempar kontroversi.

“Saya faham situasi kedua-dua pihak, baik Shazwani mahupun ibu saya. Yang boleh saya ungkapkan, ibu sangat tertekan dengan segala laporan yang tidak henti-henti diterbitkan mengenai anak gadisnya.

“Justeru dia tampil dengan niat baik untuk menghentikan segala cerita dan membela diri saya. Namun tindakannya saya akui mungkin mengguris hati Shazwani.
“Justeru, saya ingin memohon maaf kepada Shazwani bagi pihak ibu dan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Kontroversi yang membuka lembaran 2011 bagi bintang filem 4 Madu ini bagaimanapun tidak terlalu meletak beban kepadanya meskipun Fasha kini sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya.

Melihat setiap dugaan yang datang itu tersembunyi hikmah di sebaliknya, Fasha yakin asam garam sebagai anak seni sepertinya hanya akan menambah semangat dan keyakinan kepadanya untuk menghadapi hari esok.

“Itu semua rencah dan saya sudah lali untuk berdepan de-ngannya. Cuma saya benar-benar tidak mahu membebankan masalah seperti ini kerana buat masa sekarang, saya sibuk meletak fokus kepada perniagaan pusat penjagaan dan rawatan rambut, Chinta Salon di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Alhamdulillah, impian saya akhirnya terlaksana dan salun ini akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

“Saya juga kembali sibuk ke lokasi penggambaran drama terbaru tayangan Samarinda TV3 berjudul Samson Delaila. Justeru, saya tidak mahu segala cerita panas begini mengganggu fokus saya kepada lapangan lakonan atau menyusahkan pihak produksi pula.

“Bagaimanapun, saya bersyukur peminat tidak henti-henti menyokong dan tidak mudah percaya apa saja spekulasi yang timbul,” katanya yang kini muncul dalam drama bersiri Dia Atilia di Astro Prima.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com