GOMBAK: Menggunakan taktik menghantar kad jemputan kahwin, empat sekawan menjadikan penghuni yang tinggal berseorangan sebagai mangsa samun dengan melarikan barang berharga.
Terbaru, seorang wanita berusia 50-an menjadi mangsa apabila dia yang terpedaya dengan taktik penjenayah terbabit membuka pintu rumah kerana menyangka mereka adalah saudaranya yang mahu menghantar kad jemputan kahwin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Kampung Laksamana, Batu Caves, mangsa didatangi empat sekawan iaitu dua lelaki dan dua wanita berpakaian kemas dan memberitahu mahu memberi kad jemputan kahwin.
Menurut sumber polis, dia yang ketika itu berseorangan di rumah terpedaya dengan lakonan mereka selain menyangka kumpulan penjenayah terbabit adalah saudaranya.
Mangsa mengalami kerugian hampir RM50,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan wang tunainya.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya membuka pintu rumah, namun sejurus selepas itu penjenayah terbabit terus meluru dan menghulurkan parang.
“Wanita malang terbabit kemudian diikat kaki dan tangan sebelum biliknya diselongkar.
“Hasil siasatan mendapati tiga kes di sekitar Selangor berkaitan penjenayah menggunakan taktik menghantar kad jemputan kahwin,” katanya.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment