BANJARNEGARA: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Robingah, menafikan dia pernah diperkosa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu pada 2007.
Ketika ditemui media di rumahnya semalam, Robingah berkata, dakwaan dia menjadi mangsa serangan seksual Rais tidak benar sama sekali.
Malah, katanya, sepanjang bekerja di rumah Rais, dia mendapat layanan baik daripada menteri berkenaan.
“Saya sering diberi ole-ole atau wang sagu hati,” katanya.
Berasal dari Pagelak, daerah Madukara di Banjarnegara, Jawa Tengah, Robingah mendakwa bekerja di rumah Rais selama lapan tahun mulai 1999.
Sepanjang tempoh itu, katanya, dia pernah pulang ke kampung bercuti selama satu setengah bulan pada 1999.
“Ketika itu ada tiga pembantu rumah berasal dari Indonesia di rumah beliau,” katanya.
Menurut Robingah, 47, ketika di rumah Rais, tugasnya adalah sebagai penghantar makanan jika menteri terbabit mengadakan jamuan.
Katanya, dia juga menjadi tukang buka pintu setiap kali Rais keluar atau pulang ke rumah.
“Beliau adalah seorang majikan yang baik dan tidak pernah melakukan kekasaran ke atas saya.
“Di sini, saya menegaskan bahawa tidak pernah berlaku kejadian perkosaan seperti dilaporkan beberapa pihak,” katanya.
Sementara itu, suami Robingah, Sukirman, 52, mengaku wanita terbabit tidak pernah mengeluh atau mengadu mengenai masalah kerja sepanjang tempoh berkhidmat di Malaysia.
Disebabkan begitu, kata Sukirman, dia tidak keberatan membenarkan Robingah bekerja di rumah Rais sehingga lapan tahun.
“Justeru, saya terkejut apabila ada berita mendakwa isteri saya diperkosa majikannya,” katanya. - Agensi
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment