Sunday, January 2, 2011

Firma Indonesia tawar beli CIMA daripada UEM Group

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments



UEM Group Bhd yang baru-baru ini menawarkan mengambilalih pengendali lebuh raya, PLUS Expressways Bhd, dirisik pula oleh pengeluar simen terbesar Indonesia, PT Semen Gresik yang berminat membeli anak syarikatnya Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA).

Sumber industri berkata, PT Semen Gresik sudah menemui pengurusan tertinggi UEM Group bagi menyatakan hasrat pembelian itu.

Katanya, syarikat Indonesia itu dikatakan menawarkan kira-kira RM1.2 bilion bagi 99.93 peratus pegangan UEM Group dalam CIMA.

“Hasrat pembelian CIMA sudah disampaikan PT Semen Gresik kepada UEM Group. Justeru, terpulang kepada pengurusan tertinggi konglomerat Malaysia itu untuk menimbangkannya.

“Jika UEM Group bersetuju dengan tawaran itu, urus niaga itu dijangka dapat dimuktamadkan tahun depan,” katanya.

CIMA memiliki kemudahan pengeluaran simen di Bukit Ketri, Perlis dan Bahau, Negeri Sembilan dan syarikat itu adalah pengeluar simen ketiga terbesar Malaysia selepas Lafarge Malayan Cement Bhd dan YTL Cement Bhd.

Sumber itu berkata, PT Semen Gresik yang ketika ini memiliki hutang yang rendah, merancang menggunakan gabungan sumber dalaman dan pinjaman bank bagi membiayai pembelian itu.
Difahamkan, setakat Disember 2009, pengeluar simen Indonesia itu memiliki tunai sebanyak AS$580 juta (RM1.79 bilion).

Minat syarikat Indonesia itu membeli CIMA muncul sejak awal tahun ini apabila Presiden dan Pengarah PT Semen Gresik, Dwi Soetjipto dilaporkan ingin menjadikan syarikatnya itu pengeluar simen terbesar di Asia.

Beliau berkata, antara strategi utamanya untuk mencapai sasaran itu ialah dengan mengambilalih pengeluar simen utama di rantau ini, sekali gus menjadikan CIMA, yang kini mengeluarkan antara dua hingga tiga juta tan simen setiap tahun sebagai antara calon yang paling ideal.

Sementara itu, sumber UEM Group mengesahkan konglomerat itu pernah mengadakan pertemuan dengan PT Semen Gresik, namun ia tidak menyentuh secara khusus mengenai penjualan CIMA.

“Situasi ketika ini boleh disamakan dengan satu analogi yang mana jika seseorang itu memiliki sebuah kediaman cantik, sudah tentu menimbulkan minat di kalangan pihak tertentu untuk turut memilikinya.

“Namun kediaman yang cantik itu bukanlah bermakna untuk dijual. Pada pandangan saya pembeli itu (PT Semen Gresik) mungkin terlalu teruja (mengenai hasratnya untuk membeli CIMA,” katanya sambil menambah CIMA mempunyai sinergi yang baik dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan UEM Group.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com