Sunday, January 2, 2011

Oprah lancar stesen televisyen sendiri

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments



LOS ANGELES: Jutawan dan selebriti terkenal Oprah Winfrey, 56, melancarkan rangkaian televisyennya sendiri iaitu Oprah Winfrey Network (OWN) hari ini, menjelang tamatnya program bual bicara paling popular iaitu ‘Oprah Winfrey Show’ pada Mei 2011.

“Saya mahu kendali sebuah rangkaian televisen yang menawarkan program menghiburkan, memberi inspirasi dan membawa ‘kesedaran’ kepada penonton.

“Saya ingin dengar mereka berkata: “Oh! kenapa saya tidak memikirkannya sebelum ini?” Saya amat suka ungkapan ini,” kata Oprah ketika ditemu ramah majalah Parade.

OWN yang mengambil masa tiga tahun sebelum ditubuhkan, akan memulakan siaran pada 1 Januari dengan program kebanyakannya berorientasikan wanita termasuk drama bersiri, rencana gaya hidup dan khidmat nasihat.

Rangkaian televisyen itu yang ditubuhkan hasil usaha sama syarikat Oprah, Harpo Inc dan Discovery Communications, boleh ditonton kira-kira 80 juta isi rumah.

Oprah sebelum itu memberitahu Majalah O bahawa beliau tidak pernah berasa begitu takut seperti ketika membuat persediaan untuk melancarkan OWN dan menghadapi persaingan dengan beratus-ratus stesen televisyen lain.

Jutawan itu, bagaimanapun, hanya akan muncul selama 70 jam dalam program rangkaian itu sepanjang 2011, membabitkan pelbagai isu termasuk kesihatan, cabaran untuk menikmati kesejahteraan hidup yang dkenali sebagai ‘Oprahfication’. – Reuters

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com