Sunday, January 2, 2011

Ratu Cantik Bolivia menang barang kemas RM10,000

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments



RANGKAIAN peruncit barangan kemas dan permata terbesar, Poh Kong Jewellers (PKJ) menganjurkan pertandingan Ratu Poh Kong Glamor di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.

Ia dimahkotakan kepada seorang peserta pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2010.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Berhad, Datuk Eddie Choon, berkata pihaknya berbesar hati apabila sekali lagi dapat menaja gelaran Ratu Poh Kong Glamor.

Peserta diadili berdasarkan persembahan produk, gaya dan kecantikan.

"Ia suatu penghormatan kepada kami apabila barangan kemas PKJ diperaga dan dipamerkan oleh ratu cantik antarabangsa. "Pemenang bukan hanya akan dimahkotakan dengan gelaran Ratu Poh Kong Glamor, malah akan membawa pulang barangan kemas bernilai RM10,000," katanya.

Pada majlis berkenaan, PKJ turut melancarkan logo ulang tahun ke-35, sekali gus mengumumkan pelancaran kempen ulang tahun ke-35 Poh Kong yang diadakan selama 35 minggu sehingga 31 Ogos depan.

Menerusi kempen itu, pelanggan bakal menikmati baucar tunai bernilai RM35 bagi setiap pembelian berlian atau batu permata bernilai RM350.

"Kempen ini adalah sebahagian daripada program ganjaran pelanggan kami sempena sambutan ulang tahun itu," katanya.

PKJ turut melancarkan secara rasmi galeri utamanya yang terletak di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Galeri di ibu pejabat itu sebenarnya sudah dibuka sejak 2004 lagi bagi memenuhi keperluan cita rasa pelanggan barangan kemas dari seluruh negara.

Ia menampilkan pelbagai jenama barang kemas terkemuka seperti Schoeffel serta Luca Carati selain koleksi berlian dan batu permata jenama itu sendiri.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com