Wednesday, February 9, 2011

Safee sarung jersi Pelita Jaya

| Wednesday, February 9, 2011 | 0 comments


Safee Sali mempamerkan jersi bakal pasukan barunya dalam Liga Super Indonesia, Pelita Jaya di Wisma FAS, Petaling Jaya, 7 Feb. - UTUSAN/Amin Farij Hasan


PETALING JAYA - Bukan Persib Bandung, sebaliknya Pelita Jaya menjadi pilihan penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali yang akan beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) mulai 7 Mac ini.

Apa jua kelab yang menjadi pilihan Safee, pemergian pemuda kelahiran Kajang itu ke Indonesia juga dianggap sebagai detik bersejarah kepada bola sepak tempatan kerana dia menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di negara jiran itu.

Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita.

Perpindahan Safee telah diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Mokhtar enggan mendedahkan sebarang butir-butir perpindahan termasuk yuran pembelian kontrak dan gaji yang diterima oleh Safee sepanjang mewakili Pelita.

"Saya tidak boleh dedahkan apakah syarat dan terma mengenai perpindahan Safee dari Selangor ke Pelita, cuma apa yang saya boleh katakan ia ganjaran yang lebih baik dari Selangor".

"Kami tidak menggunakan mana-mana ejen, FAS sendiri yang bertindak selaku orang tengah dalam urusan perpindahan Safee," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd.Amin, jurulatih Selangor, K. Devan dan semua pemain Liga Super Selangor.

Bagi Safee, pemilihan bermain di Pelita terletak di tangan FAS tetapi dia tidak dapat menafikan salah satu alasan Pelita menjadi pilihan adalah kerana peluang beraksi dengan kelab yang dikenali jolokan 'Pendekar Gunung Parang' itu lebih cerah berbanding jika beraksi bersama Persib.

"Saya telah menyerahkan kepada FAS untuk membuat keputusan terbaik dan ada memberitahu Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha FAS) dan gaya permainan Pelita lebih sesuai dengan saya".

"Namun, tidak boleh dinafikan, salah satu punca saya pilih Pelita adalah pasukan ini memang ada masalah penyudah di bahagian serangan dan peluang beraksi lebih cerah, Berbanding Persib, kelab itu sudah mempunyai ramai penyerang import".

"Walaupun saya tahu Pelita berada di tangga tercorot liga selepas berakhirnya pusingan pertama, saya akan cuba sedaya upaya membantu naikkan kembali kedudukan Liga Pelita".

"Saya sudah benar-benar bersedia bermain di ISL dengan keyakinan yang tinggi dan akan berusaha gigih untuk menunjukkan kualiti sepanjang bersama Pelita," ujarnya.

Dua pemain bertaraf dunia, Mario Kempes dan Roger Milla pernah beraksi bersama Pelita Jaya pada era 90-an manakala bekas pemain import Perlis dan Negeri Sembilan, Mohd. Lamin Conteh juga menjadi salah seorang pemain Pelita selama dua musim iaitu dari 2006 ke 2007.

Berada di tangga tercorot dari 15 pasukan selepas melalui 13 perlawanan, Pelita jelas amat menagih sentuhan Safee di barisan serangan selepas hanya mampu menjaringkan 13 gol dan kelab itu telah kalah sebanyak sembilan kali.

Dalam masa sama, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata pada perlawanan terakhir Safee Sali bersama Selangor yang akan menentang Kuala Lumpur, 12 Februari ini, dia akan diberikan penghormatan menjadi kapten pasukan.

"Ini adalah sebagai lambang perpisahan kepada Safee yang tidak lagi beraksi bersama Selangor sehingga penghujung musim," katanya. - Utusan

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com