Wednesday, March 2, 2011

Aizat Amdan dilamun cinta

| Wednesday, March 2, 2011 | 0 comments


KUALA LUMPUR 4 Mac - Penyanyi terkenal, Aizat Amdan, 22, yang menyertai program bual, Jom Chat Bersama… Aizat di Utusan Online pada malam Khamis lalu mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang.

Dia yang pernah dikaitkan dengan pelakon cantik, Liyana Jasmay, membuat pengakuan itu ketika hadir memenuhi undangan mengikuti program bual itu di laman sesawang, www.utusan.com.my yang boleh diikuti secara langsung menerusi live streaming laman tersebut di Pejabat Utusan Melayu, di sini.

Kata penyanyi yang kini popular dengan lagu Pergi itu, sebagai manusia biasa dia memang tidak dapat lari daripada hasrat untuk mempunyai seseorang yang boleh menyokong apa jua bidang diceburinya.

"Memang sekarang saya sedang mengenali seseorang. Ia masih lagi di peringkat awal perkenalan dan kini kami sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Sebagai manusia biasa mana mungkin saya mampu hidup sendirian. Saya perlukan seseorang yang boleh menyokong saya," kata Aizat terus-terang.

Pelbagai gelagat serta soalan yang diajukan oleh peminat kepada Aizat ketika sesi bual tersebut diadakan.

Antara soalan yang diajukan kepada penyanyi itu termasuklah rancangan pengajiannya di United Kingdom tidak lama lagi.

Kata Aizat, dia mensasarkan untuk menyambung pengajian pada tahun ini di Point Blank, United Kingdom dalam bidang teknologi muzik.

Dalam perkembangan lain, Aizat turut memberitahu peminatnya bahawa dia merancang untuk menghasilkan album berbahasa Inggeris tidak lama lagi.

Penyanyi yang kelihatan semakin kurus itu turut memasang impian untuk mengadakan konsert solo pertamanya di Sabah.

Ini berikutan kejayaan konsert solo pertamanya, Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara di Wisma Bently pada 29 Januari lalu yang dihadiri oleh lebih 1,000 peminat.

Bagaimanapun, kata Aizat, perjalanan untuk mengadakan konsert di Sabah sedikit terganggu kerana kesukarannya untuk mendapatkan penaja.

"Saya memang ingin mengadakan konsert di sana cuma sekarang nak dapatkan penaja agak sukar. Mungkin mereka tidak mempunyai kepercayaan kepada artis-artis muda seperti saya," kata Aizat.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com