Monday, March 14, 2011

Saida tetap mahu bercerai

| Monday, March 14, 2011 | 1 comments



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan peserta Akademi Fantasia musim keenam, Saida, tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri itu, 40, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.

"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,” kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.

Mohd Ghazali tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana tidak sihat.

Mohd Suhaily memberi peluang terakhir kepada Mohd Ghazali untuk hadir pada 18 Mac ini untuk sebutan semula kes.

1 comments:

Anonymous said...

what????!!!! itu abg ghaz???!!!! no no no...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com