Tuesday, May 24, 2011

Beriadah tidak kena tempat

| Tuesday, May 24, 2011 | 0 comments


Gadai nyawa berbasikal dalam kesesakan jalan, tak pakai alat keselamatan

KUALA LUMPUR: Beriadah di tengah jalan raya ketika kesesakan lalu lintas. Itulah yang dilakukan beberapa penunggang basikal yang menjalankan aktiviti konvoi berbasikal di sekitar ibu kota pada setiap malam minggu, sejak akhir-akhir ini.

Tinjauan Sentral mendapati, penunggang basikal yang terdiri dari golongan remaja itu gemar bergerak secara berkumpulan lebih dari 10 orang namun tidak mementingkan aspek keselamatan.

Tidak ada siapa yang marah sekiranya mahu beriadah, tetapi gelagat anak muda ini yang tidak mengenakan pakaian sesuai termasuk memakai seluar pendek dan baju tanpa lengan, merimaskan pengguna jalan raya lain.

Mereka turut mengayuh basikal sesuka hati di celah kenderaan di tengah jalan raya tanpa memikirkan bahaya.

Selain tidak mempunyai alat kelengkapan keselamatan berbasikal seperti lampu dan pantulan cahaya, mereka sukar dilihat pemandu kenderaan hingga menyebabkan ada di antara mereka hampir dilanggar.

Aktiviti terbabit dapat dilihat selepas jam 9 malam hingga lewat pagi di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi.

Seorang pengguna, Mohd Zaidi Mohd Yassin, 28, berkata beliau hampir melanggar penunggang basikal terbabit ketika membawa keluarga bersiar-siar di bandaraya pada malam minggu, baru-baru ini.

“Tanpa memikirkan aspek keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal, mereka sewenang-wenangnya menunggang basikal di celah kenderaan di tengah jalan raya.

“Tidak ada siapa pun nak larang jika nak beriadah, tapi mestilah kena gaya dan tempatnya... bukannya di celah kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Jika tidak ada trek berbasikal yang disediakan sekali pun, itu bukan alasan untuk mereka bergerak tengah-tengah jalan raya..Seharusnya pihak berkuasa memantau masalah ini.. jangan berlaku sesuatu yang tidak diingini barulah hendak bertindak,” katanya.

Rakannya, Shahril Abdul, 27, berkata pemantauan segera perlu diambil pihak berwajib berikutan aktiviti berbasikal di sekitar jalan raya makin menjadi kegilaan anak muda masa kini.

“Jangankan nak menunjukkan basikal yang cantik itu pada orang ramai hingga sanggup membahayakan diri sendiri.

“Mereka perlu sedar, kenderaan lain terpaksa memperlahankan pergerakan jika kumpulan ini melintas sekali gus boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com