FIESTA Perkahwinan 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Julai ini bakal menjadi pusat sehenti produk dan perkhidmatan perkahwinan pelbagai budaya di negara ini.
Timbalan Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Maglin Dennis D’Cruz, berkata fiesta perkahwinan ini sesuai dengan matlamat memperkenalkan ciri masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Kini, wujud pelbagai bangsa yang melahirkan budaya campuran unik seperti Cina Han atau Baba Kreole, Cina Peranakan, campuran Arab dan India Muslim.
“Ia menjadikan Malaysia negara yang unik makanannya malah melahirkan konsep perkahwinan dengan memakai pakaian tradisional berlainan bangsa,” katanya.
Fiesta terbabit disokong 32 stesen penyiaran di bawah KPKK dan membabitkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Menariknya, sepasang Orang Kurang Upaya (OKU) bakal diraikan dalam pra perkahwinan di Fiesta Perkahwinan 1Malaysia 2011 yang ditaja sepenuhnya penganjur, Exquisite Impression Sdn Bhd.
Fiesta ini memberi peluang orang ramai merancang majlis perkahwinan termasuk rekaan kad, ujian HIV, pemilihan hotel hinggalah pembekal makanan, jurugambar dan jurumekap membabitkan 300 peserta.
Beberapa acara turut diadakan, antaranya pertunjukan pakaian pengantin pelbagai etnik, pertunjukan fesyen, persembahan Gamelan, maklumat perundingan, demontrasi Dekorasi Sirih Junjung dan Henna serta bengkel kosmetik.
Fiesta perkahwinan ini diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2011 di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Maklumat lanjut, layari laman www.1mwf.my dan www.facebook.com/1Malaysiawedding atau emel ke jeffrey@eisb.my.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment