Showing posts with label hak pengguna. Show all posts
Showing posts with label hak pengguna. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Telco kaji semula caj 6 peratus

| Tuesday, September 13, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus ke atas 26 juta pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.

"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu semalam.

Readmore..

Monday, September 5, 2011

Honda panggil semula kenderaan

| Monday, September 5, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.

"Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Yoichiro berkata, sebagai contoh, adalah dilaporkan unit bagi model Civic (16,537 unit) kemungkinan mengalami kebocoran minyak dari hos perantara stereng kuasa, yang disebabkan aliran air panas dan cuaca yang lembap, yang boleh menimbulkan isu keselamatan pada masa depan.

Pengeluar kereta Jepun itu perlu menukar bahan getah hos perantara stereng kuasa model Civic yang terbabit.

"Kesemua alat ganti dan caj buruh kerja berkenaan akan ditanggung oleh Honda Malaysia," kata Yoichiro.

Pemilik model berkenaan dinasihati menghantar kenderaan masing-masing kepada peniaga yang dibenarkan secepat mungkin sebaik mendapat notis berkenaan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menelefon nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati sebarang peniaga Honda yang dibenarkan.

Pelanggan juga dinasihati membuat panggilan bagi membuat temu janji bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama. - BERNAMA

Readmore..

Tuesday, June 7, 2011

Harga barang boleh disemak menerusi portal

| Tuesday, June 7, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan yang dijual di 1,255 premis perniagaan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian.

Portal itu akan juga dipantau 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis yang mengambil bahagian membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 Kedai Serbaneka 24 Jam.

Sejumlah 355 jenis barangan di pasar raya besar akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis), katanya.

"Bagi pasar raya besar, mereka sendiri akan memasukkan data perubahan harga manakala bagi premis-premis lain pegawai PPH akan menjalankan tanggungjawab mereka. Sekiranya ada perubahan harga, maka mereka (pegawai PPH) akan maklumkan menerusi portal ini," katanya selepas melancarkan portal berkenaan di sini, hari ini.

Portal tersebut boleh dilayari di www.1pengguna.com. Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal berkenaan ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering.

Pembangunan fasa pertama portal itu membabitkan kos RM1.4 juta.
Ia adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga semasa selain menjadi saluran untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif.

Ismail Sabri berkata, untuk fasa kedua, pemantauan ke atas kedai runcit dan pasar mini akan dimasukkan ke dalam portal berkenaan.

"Untuk fasa kedua, kita tengok dulu maklum balas pengguna daripada portal ini, selepas itu baru kita akan lancarkan fasa kedua dan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, pengguna juga boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerusi ruang yang disediakan di dalam portal berkenaan.

Untuk rekod, hampir 6,000 aduan telah difailkan pengguna kepada TTPM pada tahun lepas dengan 98 peratus daripadanya berjaya diselesaikan, katanya.

“Sehingga Mei tahun ini, 4,400 aduan dilaporkan kepada TTPM,” katanya sambil menambah bahawa ia menunjukkan bahawa kesedaran pengguna mengenai hak mereka semakin meningkat.

Dalam ucapan perasmiannya, Ismail Sabri berkata, pengenalan portal berkenaan adalah bersesuaian dengan trend komunikasi dan penerokaan maklumat pada masa kini.

"Terdapat peningkatan di dalam bilangan pengguna Internet di Malaysia iaitu daripada 15.8 juta pengguna pada tahun 2009 kepada 16.5 juta pada tahun 2010 dan bilangan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun iaitu sehingga 17.5 juta pengguna internet menjelang tahun 2015," katanya.

Ismail Sabri berkata, kewujudan portal berkenaan diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian di samping merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat.

"Adalah diharapkan melalui pembangunan portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini, ianya akan memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat awal dan sendiri mengenai perkembangan harga terkini barangan keperluan pengguna di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com