KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.
"Tahun lalu hanya 18 jenis barangan yang kita kawal harganya tapi tahun ini semua jenis bawang kita kawal harga kerana sebelum ini barangan ini menghadapi kenaikan harga.
"Kita takut peniaga akan menaikkan harga bawang kerana permintaan tinggi pada musim perayaan ini, jadi kita tetapkan harga maksimum bawang bagi bawang besar import adalah RM3 sekilogram dan bawang putih import (China) RM6 setiap kg," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beberapa barangan runcit lain yang sebelum ini disenaraikan di bawah skim itu seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super dan daging lembu tempatan masih ditetapkan harga maksimum yang sama seperti tahun lepas.
Harga runcit maksimum bagi ayam ialah RM6.10/kg, ayam standard (RM7.20/kg), ayam super (RM8.05/kg) dan daging lembu tempatan (RM20/kg).
Ismail Sabri berkata barangan harga terkawal lain termasuk daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang merah kecil (India) dan ikan kembung.
Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.
"Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011," katanya.
Beliau berakta 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.
"Jumlah ini tidak cukup untuk memantau secara keseluruhan jadi kita minta pengguna membuat aduan kepada kita jika ada peniaga menaikkan harga," katanya. - Bernama
Popular Posts
Wednesday, August 17, 2011
Harga 20 barang dikawal bagi sambutan Hari Raya 2011
Tuesday, June 7, 2011
Harga barang boleh disemak menerusi portal
KUALA LUMPUR: Pengguna kini boleh mendapatkan maklumat tentang harga barangan yang dijual di 1,255 premis perniagaan melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian.
Portal itu akan juga dipantau 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis yang mengambil bahagian membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 Kedai Serbaneka 24 Jam.
Sejumlah 355 jenis barangan di pasar raya besar akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, pasar basah (50 jenis) dan kedai serbaneka (100 jenis), katanya.
"Bagi pasar raya besar, mereka sendiri akan memasukkan data perubahan harga manakala bagi premis-premis lain pegawai PPH akan menjalankan tanggungjawab mereka. Sekiranya ada perubahan harga, maka mereka (pegawai PPH) akan maklumkan menerusi portal ini," katanya selepas melancarkan portal berkenaan di sini, hari ini.
Portal tersebut boleh dilayari di www.1pengguna.com. Antara harga barangan keperluan harian yang dipamerkan pada portal berkenaan ialah barangan keperluan dapur seperti ayam, ikan dan hasil laut, kicap, kunyit dan makanan kering.
Pembangunan fasa pertama portal itu membabitkan kos RM1.4 juta.
Ia adalah saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga semasa selain menjadi saluran untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif.
Ismail Sabri berkata, untuk fasa kedua, pemantauan ke atas kedai runcit dan pasar mini akan dimasukkan ke dalam portal berkenaan.
"Untuk fasa kedua, kita tengok dulu maklum balas pengguna daripada portal ini, selepas itu baru kita akan lancarkan fasa kedua dan seterusnya," katanya.
Beliau berkata, pengguna juga boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menerusi ruang yang disediakan di dalam portal berkenaan.
Untuk rekod, hampir 6,000 aduan telah difailkan pengguna kepada TTPM pada tahun lepas dengan 98 peratus daripadanya berjaya diselesaikan, katanya.
“Sehingga Mei tahun ini, 4,400 aduan dilaporkan kepada TTPM,” katanya sambil menambah bahawa ia menunjukkan bahawa kesedaran pengguna mengenai hak mereka semakin meningkat.
Dalam ucapan perasmiannya, Ismail Sabri berkata, pengenalan portal berkenaan adalah bersesuaian dengan trend komunikasi dan penerokaan maklumat pada masa kini.
"Terdapat peningkatan di dalam bilangan pengguna Internet di Malaysia iaitu daripada 15.8 juta pengguna pada tahun 2009 kepada 16.5 juta pada tahun 2010 dan bilangan ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun iaitu sehingga 17.5 juta pengguna internet menjelang tahun 2015," katanya.
Ismail Sabri berkata, kewujudan portal berkenaan diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian di samping merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat.
"Adalah diharapkan melalui pembangunan portal 1Malaysia Pengguna Bijak ini, ianya akan memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat awal dan sendiri mengenai perkembangan harga terkini barangan keperluan pengguna di seluruh negara," katanya. - BERNAMA
THERE ARE MORE HERE
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
-
JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap 'liar' oleh khalayak. PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa ...
-
KUALA LUMPUR - Seramai 72,000 bekas anggota polis darurat yang bertugas di antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di...
-
Perkakasan kos rendah khusus untuk pelajaran NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan komputer skrin sesen...
-
“PEREMPUAN itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan mem...
-
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapat...
-
PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan diskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PE...
-
GOMBAK: Angkara si anak yang gemar memandu kereta dengan laju, seorang wanita terpaksa melangsaikan 30 saman trafik berjumlah lebih RM 4,000...