Wednesday, July 6, 2011

Kementerian pantau penggunaan Blackberry

| Wednesday, July 6, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit Blackberry bagi memastikan keselamatan maklumat pengguna, terutama yang berkaitan dengan kerajaan.

Timbalannya Datuk Joseph Salang berkata kementeriannya juga mengadakan perbincangan dengan Research in Motion (RIM) iaitu selaku penyedia perkhidmatan telefon itu agar tahap keselamatan maklumat yang disalur keluar mematuhi tahap piawaian yang tinggi.

"Tahap keselamatan pemindahan dan penyimpanan maklumat pengguna Blackberry yang tinggi tidak memungkinkan ia dapat diakses dengan mudah oleh mana-mana pihak," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Ahmad Hussin yang ingin tahu sama ada kerajaan menyedari tahap keselamatan yang meragukan terhadap penggunaan telefon mudah alih itu di kalangan pemimpin negara serta pegawai kanan kerajaan.

Ini adalah kerana data-data perbualan, sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan messenger direkodkan di dalam ''server'' di Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom yang menyebabkan telefon itu diharamkan untuk kegunaan pegawai kerajaan di Perancis, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Kuwait. Salang turut menasihati pegawai kerajaan mengehadkan penggunaan telefon itu kepada komunikasi yang tidak sensitif dan yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com