[2013] Harga 13 barangan dikawal
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan terkawal yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu bermula dari 6 hingga 17 Februari ini dan berkuat kuasa selama 12 hari dan dilaksana mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Beliau berkata, kawalan itu melibatkan harga ayam, telur ayam, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih dan udang putih besar.
"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan harga terkawal ini di sebanyak 89 daerah / kawasan di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 24 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Skim ini dilaksanakan supaya pengguna dapat memperoleh barangan perlu pada musim perayaan dengan harga berpatutan dan menyekat daripada peningkatan harga yang melampau," katanya ketika mengumumkan harga maksimum borong dan runcit barangan harga terkawal sempena Tahun Baru Cina 2013 di sini semalam.
Info:
Laman Web Senarai Harga Barang Kawalan
http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/pengguna/penguatkuasaan/brg-kawalan/harga-brg-kawalan
0 comments:
Post a Comment