Showing posts with label hubungan suami isteri. Show all posts
Showing posts with label hubungan suami isteri. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

True Facts About Girls

| Tuesday, November 8, 2011 | 0 comments

Readmore..

Sunday, September 11, 2011

Soal Jawab: Air mani suami tak keluar

| Sunday, September 11, 2011 | 0 comments



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor



Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar, penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Readmore..

Sunday, March 20, 2011

SMS lucah suami

| Sunday, March 20, 2011 | 0 comments


SAYA pernah terbaca mesej lucah yang dihantar suami kepada seorang perempuan dan sejak itu kami sering bergaduh, malah saya mula tidak mempercayainya.

Lebih menyedihkan, sebelum ini saya pernah menjumpai resit hotel dalam dompetnya. Apabila ditanya, dia mengatakan wanita itu hanya kenalan lamanya tetapi hati saya sangat terluka. Namun demi anak, saya bertahan. Saya kini buntu dan tidak tahu jalan penyelesaiannya.

ISTERI TERANIAYA
Gombak


Sebaik-baik jalan penyelesaian ialah komunikasi dari hati ke hati dengan suami. Memendam rasa tidak menyelesaikan masalah, bahkan hanya membuatkan hati berasa lebih sakit.

Cari masa untuk bercakap dan meluahkan perasaan marah, terluka, buntu dan teraniaya.

Jika suami membuat pengakuan, lapangkan jiwa untuk memaafkannya. Ada kalanya suami berasa takut untuk mengaku kesalahan dilakukan kerana bimbang tidak dimaafkan.

Untuk kebaikan anak, puan perlu bercakap dengan suami supaya dia boleh menjadi pemimpin yang baik untuk dicontohi anak. Demi agama, puan perlu membawa kembali suami ke jalan benar jika dia tersasar.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com