BANK Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) mendedahkan hanya 20 peratus daripada lebih 55 peratus penduduk beragama Islam di negara ini menggunakan perbankan Islam untuk pengurusan kewangan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Abdul Wahid berkata, ia berikutan kebanyakan masyarakat Islam masih kurang pengetahuan mengenai kebaikan perbankan Islam yang lebih praktikal.
“Segelintir masyarakat hanya melihat kepada kadar tertentu saja dan menolaknya walaupun hakikat sistem perbankan Islam dianggap modul terbaik yang perlu dimanfaatkan,” katanya.
Katanya, BMMB akan bergerak aktif dalam memastikan perbankan Islam diperkukuhkan dan diperluaskan pelaksanaannya, sekali gus menjadi alternatif paling berkesan untuk menggantikan sistem sedia ada.
“Penting sekali pelaksanaan sistem perbankan Islam ini difahami secara mendalam dalam segenap aspek untuk memastikan ia mampu menyumbang kepada pembangunan negara," katanya selepas sesi soal jawab bersama 100 ahli Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) di ibu negara, semalam.
Ia turut dihadiri Naib Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Musa Abdul Malek dan Pengarah Biro Ekonomi DPIM, Mohammad Sahar Mat Din.
Menurut beliau, perbankan Islam hari ini diterima baik di seluruh dunia, malah di kalangan bukan Muslim, mereka turut meminjam daripada sistem perbankan Islam.
“Lebih 50 peratus pembiayaan BMMB diterima daripada masyarakat bukan Islam,” katanya lagi.
Sementara itu, Sahar memaklumkan, DPIM akan mempergiatkan usaha tahun ini untuk memperkenalkan perbankan Islam kepada ahlinya di seluruh negara.
“Kami mempunyai lebih 50,000 ahli dan menyasarkan untuk mempertingkatkan martabat ekonomi umat Islam yang dilakukan melalui sistem perbankan Islam kepada mereka,” kata Sahar.
Popular Posts
Thursday, January 20, 2011
Dimanfaat hanya 20% umat Islam
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Thursday, January 20, 2011
|
Thursday, January 20, 2011
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment