Thursday, January 20, 2011

Jualan kenderaan 2010 tertinggi

| Thursday, January 20, 2011 | 0 comments



PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 2.54 juta unit sehingga tahun 2015 iaitu peningkatan sekurang-kurangnya satu peratus bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini, yang mana kebanyakannya disumbang jualan kenderaan penumpang.

Bagi tahun 2012, MAA menjangkakan TIV sebanyak 624,000 unit, 2013 (631,000 unit), 2014 pula sebanyak 639,000 unit dan 2015, 647,000 unit.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad (gambar), berkata pihaknya yakin jumlah yang disasarkan itu dapat dicapai memandangkan keyakinan pengguna dan perniagaan semakin positif dan tinggi.

Katanya, jualan kenderaan bagi 2010 pula berjaya mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan 605,156 unit iaitu meningkat 12.7 peratus atau 68,251 unit tahun lalu berbanding 536,905 unit pada 2009.

“TIV 2010 melepasi rekod 552,316 unit yang dicatatkan pada 2005 dan prestasi tertinggi itu adalah hasil daripada pelan dan program baru yang dilancarkan oleh kerajaan tahun lalu seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com